Lately keadaan cuaca n persekitaran kita ni slalu tercemar...so i have petua2 utk mnjga kesihatan kita...dgn mengamalkn mknn2 yg semulajadi...slamat mmbca n amalkn..
Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya
kerana kandungan utrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat.
Pengamal sayur-sayuran dan buah-uahan telah dikenali pasti hidup lebih sihat
berbanding mereka yang makan jenis makanan yang lain.
DAUN SALAD
Sayur-sayuran dan buah-buahan memang telah lama diketahui dari segi khasiatnya
kerana kandungan utrition seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat.
Pengamal sayur-sayuran dan buah-uahan telah dikenali pasti hidup lebih sihat
berbanding mereka yang makan jenis makanan yang lain.
DAUN SALAD
- merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan
tidur. - Tumbuhan ini kaya dengan zat besi, kalsium,fosforus, sodium, potasium, vitamin
A dan C, mangnasium dan zink itu mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai
lactucarium yang bertindak sebagai sedatif. - Daun salad ini juga bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus
menghilangkan segala keresahan yang melanda. - Daun ini juga mengandungi karotin,seraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan
KUBIS
- berkesan untuk mengubati penyakit ulser dan barah malahan juga berkesan untuk mengubati masalah-masalah lain di usus.
- Kobis yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan vitamin A, B Kompleks dan C dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang
dialami oleh mereka yang lali arak. - Kompaun belerang dalam kubis dapat menghindarkan pengeluran carcinogen, sejenis
bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan. - Amalan memakan kobis dapat menghalang carcinogen daripada bergabung menjadi sel-sel darah. Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.
TIMUN
- mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat
kanak-kanak yang kecacingan. - Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat engan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang.
- Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan
sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan
timun mentah atau yang telah dimasak. - Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang
air besar.
KUCAI
- Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi
dan sembelit. - Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan
menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. - Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus penghindarkan pembekuan darah. Cara
penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau
dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya
diminum setiap pagi.
ASPARAGUS
- bagi yg menghadapi masalah kulit yang berpunca daripada pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah yang menyebabkan wujudnya masalah-masalah seperti jerawat, ekzema atau lebih dikenali sebagai kudis , asparagus merupakan jawapan yang tepat bagi mereka.Ini kerana kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi masalah-masalah kulit.
- Selain itu asparagus juga mengandungi elemen-elemen yang baik untuk kelenjar tiroid, pineal dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.
SELERI
- ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.
- Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan
bakteria. Antaranya dalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian
luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah
dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.
LOBAK PUTIH
- Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan
keadaan ini sungguh penyakitkan seluruh badan.Ramai yang tidak mengetahui yang
lobak putih mempunyai kandungan khasiat yang tinggi dan sayur ini dapat
menyelesaikan masalah penghadaman.
PUDINA
- berkesan dalam meredakan kekejangan
otot, merawat cirit-birit, boleh melegakan demam selsema dan menghilangkan rasa
loya. - Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta
mengurangkan flatulens. - Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus.
- Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
- Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.
- Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsestrasi.
PASLI
- Daun pasli yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut.
- Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.
- Pasli juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.
KACANG BUNCIS
- membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi.
- Bagi mereka yang khuatir kerana mempunyai berat badan yang keterlaluan , kacang ini dapat membantu mengatasi masalah mereka. Ini kerana ujian makmal telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.
PERIA
- di sebalik kepahitan itulah tersembunyi seribu satu khasiat untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
- Sayur ini adalah penawar kepada pesakit yang menghidapi penyakit kencing manis. Kandungan bahan yang menyerupai insulin didapati berkesan dalam menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing. Peng- hidap kencing manis mestilah menjadikan jus peria ini sebagai satu jus minuman harian, terutama sekali sebelum sarapan.Selain itu peria juga dapat menyembuhkan penyakit batuk yang menyerang kanak-kanak.
BAYAM
- untuk mengatasi masalah-masalah seperti anemia sejenis penyakit kurang darah.
- Wanita seringkali kekurangan zat besi kerana didatangi haid pada setiap bulan.
- Jus bayam yang dicampurdengan jus lobak merah atau jus tomato boleh membekalkan
zat besi secukupnya untuk menambah tenaga mereka kerana jus bayam mengandungi
asid aksalik dan penambahan jus-jus lain dapat mengatasi kesan-kesan keasidannya.
KADUK
- Air yang direbus dengan akar pokok ini dapat melawaskan kencing.
- Daunnya mujarab untuk merawat demam malaria dengan minum air rebusannya.
- Melegakan batuk-batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.
DAUN KARI
- menambahkan keharuman masakan dan masyarakat India
- dalam mengatasi masalah-masalah haid dan gonorea, menghilangkan rasa
loya dan pening-pening lalat bagi wanita yang mengandung - menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah
- peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif
Ckup la dlu stkt ni..hukhukhuk...nnti la aku smbung smula..take care ya...salam..muuuahhhhsss... :)
No comments:
Post a Comment
Leave your comments here..